Kaum Melanau

Dahulunya,sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu.Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai. Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama Islam dan Kristian namun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok. ini merupakan rentetan cerita lisan masyarakat ini sendiri yang dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat.


Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah.


Kegiatan Ekonomi


Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di kawasan pendalaman. Selain itu, perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok sagu tumbuh di kawasan yang berpaya. Pokok Sagu hanya boleh ditebang selepas sepuluh tahun. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu. Teknik pembuatan sagu juga diselitkan di dalam tarian Melanau seperti Mengarang. Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia.


Loghat/Jenis Melanau Mengikut Kawasan

Kaum Melanau terbahagi mengikut bahagian di kawasan Sarawak;
  • Melanau Mukah 
  • Melanau Dalat 
  • Melanau Oya 
  • Melanau Igan 
  • Melanau Matu-Daro 
  • Melanau Belawai-Rajang 
  • Melanau Ba'ie (Bintulu) 
  • Melanau Balingian ,dan Melanau Miri.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment